Archive for the 'KeADILan' Category

27
Aug
07

Eksklusif: Intelektual terkenal sertai PKR

Image
KIM Quek (kiri) diraikan oleh pemimpin PKR dalam majlis sederhana semalam.

Oleh Wartawan klpos.com

Image INTELEKTUAL berbangsa Cina, Yong Thye Chong, atau lebih dikenali sebagai Kim Quek menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam satu majlis di Ibu Pejabat parti tersebut semalam.

Penyertaan beliau yang juga merupakan penulis buku terkenal “Where to, Malaysia? A Future with Anwar’s Reformasi or Back to Mahathirism? dijangka memperkuatkan kedudukan PKR dikalangan komuniti Cina.

Menurut Kim Quek, beliau menyartai PKR kerana Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi gagal menunaikan janjinya semasa mengambilalih pemerintahan daripada Tun Dr Mahathir Mohamad. Continue reading ‘Eksklusif: Intelektual terkenal sertai PKR’

11
Aug
07

Halang guru berpolitik, Hishamuddin jangan jumud

M Khaleel Kas
Sat | Aug 11, 07 | 09:25:04 AM
KUALA LUMPUR, 11 Ogos (Hrkh) – Menteri Pelajaran, Hishamuddin Tun Hussien dibidas yang kononnya ingin mengambil tindakan tegas ke atas guru-guru yang aktif berpolitik sebagaimana dilaporkan media semalam.

Image Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK),Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, persoalan timbul apakah arahan ini spesifik kepada guru-guru yang menyokong pembangkang, ataupun mana-mana guru yang aktif di dalam politik kepartian pemerintah dan pembangkang?

Jelasnya, dalam keadaan kelompok guru yang aktif di dalam Umno dan parti komponen BN dibenarkan untuk berkhidmat di dalam kedua-dua bidang – pendidikan dan politik – AMK melihat ugutan ini sebagai satu tindakan yang amat tidak demokratik dan tidak bertamadun. Continue reading ‘Halang guru berpolitik, Hishamuddin jangan jumud’

04
Aug
07

KeADILan punya formula yang ditakuti BN – Wan Azizah

Nyza Ayob
Sat | Aug 04, 07 | 03:53:21 PM
KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Hrkh) – Pelbagai spekulasi serta serangan yang ditujukan oleh media kebelakangan ini terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR), sedikit pun tidak mematahkan semangat parti itu untuk terus ke hadapan malahan menjadikan parti bertambah kuat, sekali gus bersiap sedia menghadapi pilihan raya akan datang.

Continue reading ‘KeADILan punya formula yang ditakuti BN – Wan Azizah’

03
Aug
07

Pertembungan tiga penjuru di Pulau Pinang?

Oleh Zulkifli Mohamed (Malaysia Today)

PULAU PINANG: Tidak mustahil, pertandingan tiga penjuru seperti mana berlaku pada pilihan raya umum 2004 berulang, sekiranya rundingan pembahagian kerusi antara Keadilan dan DAP negeri ini tidak diselesaikan secara memuaskan.

Difahamkan beberapa pemimpin Cina dalam Keadilan negeri ini, bersedia menjadi calon bebas, sekiranya DAP berkeras meletakkan calon di kawasan ‘milik’ Keadilan.

Seorang pemimpin terbabit yang menghubungi Malaysia Today berkata, perkara itu telah dibincangkan secara serius oleh ‘kumpulan’ mereka.

Malah, katanya ada yang telah menyatakan hasrat akan keluar parti, sekiranya tuntutan mereka tidak dipenuhi. Continue reading ‘Pertembungan tiga penjuru di Pulau Pinang?’




July 2020
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Blog Stats

  • 111,408 hits