Archive for the 'PAS' Category

17
Feb
08

Peningkatan jumlah pemilih tidak munasabah – Presiden PAS

Helmi Khalid
Sun | Feb 17, 08 | 11:32:10 am MYT
SUNGAI PETANI, 17 Feb (Hrkh) – Presiden PAS, Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang melahirkan rasa sangsi terhadap jumlah pengundi yang terlalu ramai di catatkan di seluruh negara khususnya di beberapa negeri termasuk di Terengganu.”Terengganu mencatatkan jumlah pengundi sekitar 550,000 pengundi, hampir separuh dari jumlah keseluruhan rakyat Terengganu, ini pelik; berlaku di Perak di mana sejumlah 13,000 nama pengundi diletakkan di beberapa tempat, maksudnya nama mereka ada di banyak tempat; 13,000 bukan sedikit, ini juga tak sepatutnya berlaku,” ujar beliau lagi.

Ustaz Hadi berkata demikian kepada pemberita dalam satu sidang akhbar sempena lawatan beliau di Sungai Petani dalam siri Jelajah Presiden ke Kedah, kelmarin.

Tambahnya, pengumuman SPR bahawa terdapat lebih 10 juta pengundi tersenarai dalam daftar pemilih di seluruh negara, iaitu lebih 1/3 dari jumlah rakyat Malaysia, boleh dipertikaikan kerana ia jumlah yang terlalu besar. Continue reading ‘Peningkatan jumlah pemilih tidak munasabah – Presiden PAS’

10
Jan
08

PAS berangan Mat Jenin

10-01-2008 12:58:03 PM
Oleh SA’ODAH ELIASPETALING JAYA:  Harapan PAS untuk memerintah sekurang-kurangnya di empat negeri hanya angan-angan Mat Jenin yang tidak akan kesampaian, kata Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Muhammad Taib.

Usahkan hendak tambah jajahan, katanya, malah beliau yakin Barisan Nasional akan dapat merampas semula Kelantan daripada PAS. Continue reading ‘PAS berangan Mat Jenin’

10
Dec
07

3 tragedi 9 Disember: Malaysia menuju sebuah Negara Polis

Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Sun | Dec 09, 07 | 7:06:09 pm MYT
PAS melihat beberapa insiden yang berlaku pada hari ini dengan penuh kebimbangan dan menegaskan bantahan sekeras-kerasnya terhadap apa yang berlaku itu

Pertama: Tindakan Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu yang enggan memberikan ikat jamin kepada dua orang ahli PAS, iaitu Suwandi Ab Ghani, 38, dan Muhammad Azman Aziz, 21 yang dituduh dengan pelbagai tuduhan berikutan Perisitwa Hitam Batu Burok, Kuala Terengganu, 8 September, 2007 lalu.

Keenganan memberikan ikat jamin kepada kedua-dua ahli PAS ini sangat luar biasa sedangkan semua kes yang dituduh terhadap mereka dibenarkan ikat jamin. Menurut rekod kedua-dua mereka adalah mangsa yang ditembak dengan peluru hidup oleh pihak polis dalam kejadian tersebut. Continue reading ‘3 tragedi 9 Disember: Malaysia menuju sebuah Negara Polis’

08
Dec
07

Dosa-dosa UMNO yang sentiasa diingati ahli PAS

Respon @ Ulasan Oleh Herman Shamsudeen

aMEMBACA minda Rustam A. Sani (foto) dalam tulisannya bertajuk “Suara Umat Melayu: Rundingan belakang tabir Pas-Umno? ” sangat mengujakan. Menarik untuk dibaca namun masih terlalu banyak yang tidak dikupas oleh beliau. Agak janggal rasanya kalau kita membiarkan tulisan itu hanyut tanpa hala tuju dan fakta yang benar-benar sahih.

Menghormati ’seniority’ beliau dalam dunia penulisan, saya beranggapan bahawa itu adalah suatu azam dan cita-cita beliau yang begitu murni sesuai dengan situasi massa yang menuntut gabungan 2 parti Melayu terbesar dapat duduk semeja bagi membicarakan masa depan bangsa ini.
Continue reading ‘Dosa-dosa UMNO yang sentiasa diingati ahli PAS’

08
Oct
07

Nik Aziz saran hukuman lebih keras terhadap pesalah jalan raya

KOTA BHARU 8 Okt. – Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, sudah tiba masanya pihak berkuasa menggubal hukuman yang lebih keras untuk mendidik pengguna jalan raya supaya lebih berhemah dan bertanggungjawab.Beliau berkata, kejadian kemalangan yang semakin menjadi-jadi di negara ini dilihat berpunca daripada longgarnya pelaksanaan undang-undang dan sikap pemandu yang seolah-olah tidak lagi takut dengan hukuman.

Sehubungan itu, katanya, sudah sampai masanya kerajaan mengkaji semula peraturan yang sedia ada dan menggantikannya dengan hukuman yang lebih keras, semata-mata untuk mendidik.

“Ambil sahaja contoh yang dibuat kerajaan Arab Saudi. Continue reading ‘Nik Aziz saran hukuman lebih keras terhadap pesalah jalan raya’

26
Sep
07

Alleged fixing of judges: Royal Commission, not a three-man independent panel – PAS Youth

KUALA LUMPUR, Sept 25 (ES) – While stopping short of condemning the three-man independent panel, opposition party leaders here remained adamant for the formation of a Royal Commission to look into a video clip that surfaced recently.”We will continue to voice our wish (for a Royal Commission) and we will continue to state it,” Islamic Party of Malaysia (PAS) youth chief Salahudin Ayub told reporters here today, after handing a memorandum to the Conference of Rulers to reconsider the direct elevation of a lawyer earlier this month as a Federal Court judge.

Salahudin said this when asked to comment on deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Razak announcement that the government has set up a three-man independent panel to investigate the authenticity of the video clip. Continue reading ‘Alleged fixing of judges: Royal Commission, not a three-man independent panel – PAS Youth’

14
Sep
07

“Tak perlu provokasi, tembak saja pengikut PAS”

Lifeboat
Fri | Sep 14, 07 | 03:23:19 PM
Katalah seluruh rakyat Malaysia mempercayai apa yang diindoktrinasikan oleh akhbar arus perdana dan pemimpin Umno mengenai insiden di Batu Buruk.

Maka yang sepatutnya dilakukan oleh kerajaan ialah menghantar tentera dan sebanyak mana anggota pasukan polis dan mengembom dan menembak mati sahaja “pengikui” PAS kerana bukankah mereka sudah dianggap secara tidak rasmi sebagai musuh negara Malaysia dan kumpulan yang boleh menjejaskan kedaulatan negara dan keselamatan rakyat Malaysia. Continue reading ‘“Tak perlu provokasi, tembak saja pengikut PAS”’

14
Sep
07

PAS hilang percaya kredibiliti polis

KUALA LUMPUR, 14 Sept – Keengganan polis mengambil tindakan terhadap individu yang membakar bendera menyebabkan PAS sangsi dan hilang kepercayaan kepada kredibiliti pasukan polis, kata Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Serentak dengan itu, Malaysiakini melaporkan beliau menggesa supaya badan penyiasat bebas di bawah Majlis Raja-raja Melayu dibentuk bagi menyiasat kejadian tersebut.

Menurut beliau, menjelang tengah malam, ketika anggota polis dan orang ramai beredar meninggalkan kawasan kejadian, datang satu pasukan lain dengan membuat kacau dan merosakkan harta benda awam di kawasan sekitar tragedi berdarah itu. Continue reading ‘PAS hilang percaya kredibiliti polis’

31
Aug
07

Dua cadangan kerajaan negeri ditolak kerajaan pusat

Exco kerajaan negeri, Dato’ Husam Musa berkata, dua cadangan utama kerajaan negeri mengenai pendaratan gas dan pembinaan landasan kereta api menghubungkan Kelantan dengan Pulau Pinang tidak dimasuk dalam pelan pembangunan Koridor Pantai Timur.

“eberapa pertemuan dengan pemimpin kerajaan Pusat, kerajaan negeri mencadangkan Kelantan dijadikan sebagai pusat pendaratan gas.

“Ini kerana negeri ini memiliki rizab gas yang banyak di kawasan pertindihan dengan Thailand. Sekiranya pendaratan gas ini berlaku sudah pasti akan melonjakkan pertumbuhan ekonomi negeri ini. Continue reading ‘Dua cadangan kerajaan negeri ditolak kerajaan pusat’

31
Aug
07

Siar berita fitnah: PAS Kelantan cadang saman TV3

KOTA BHARU, 31 Ogos (Hrkh) – PAS Kelantan bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap stesen televisyen swasta, TV3 kerana menyiarkan berita dianggap berunsur fitnah, yang mendakwa tiga Adun di Machang terbabit dengan rasuah.

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.<!–

Continue reading ‘Siar berita fitnah: PAS Kelantan cadang saman TV3’

30
Aug
07

Malaysiaku Gemilang dunia dan akhirat

Oleh Roslan SMS

Tepat jam 12 malam ini Malaysia akan merayakan ulangtahun kemerdekaannya yang ke 50. Dengan tema Malaysiaku Gemilang, berbagai aturcara dan majlis disusun sepanjang bulan bagi merayakan tarikh penting dalam sejarah negara ini.
Hari ini NST memuatkan 4 muka penuh pandangan pimpinan politik, masyarakat, NGO, tokoh korporat, budaya, akademik, personaliti sukan, seni dan lain-lain berhubung ulantahun kemerdekaan negara ini. Apakah yang paling baik pada pandangan mereka berkenaan negara ini dan sekiranya mereka berpeluang membawa satu perubahan, apakah perubahan itu?
Antara 50 tokoh yang diminta pandangannya termasuklah Setiausaha Agung PAS dan juga ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaafar dan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato Nik Abd Aziz Nik Mat.

Continue reading ‘Malaysiaku Gemilang dunia dan akhirat’

30
Aug
07

Kenali dahulu Islam sebelum memusuhinya

 Oleh Roslan SMS

Blogger terkenal Sdr Jeff Ooi yang baru mengumumkan penyertaannya ke dalam DAP telah kini secara terbuka mengunakan lamanya Screenshots untuk menyibarkan ideologi politiknya yang baru itu. Itu hak beliau, kerana sesungguhnya Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi dan hak kebebasan bersuara.
Posting terbaru Jeff, Merdeka 50: Other Views menghubungkan lamannya dengan laman web Catholic Asian News yang mempunyai liputan khas berkenaan ulangtahun kemerdekaan negara yang ke 50.

Continue reading ‘Kenali dahulu Islam sebelum memusuhinya’

30
Aug
07

Fitnah kepada Presiden PAS – Daily Mirror, UK mohon maaf

Berita Oleh Mohd Rashidi Hassan

aKUALA LUMPUR, 30 Ogos (Hrkh) – Akhbar ternama di Britain, Daily Mirror memohon maaf kepada Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kerana menuduh beliau sebagai pemimpin pergerakan al-Qaeda.

Siaran pada 1 Mei lalu, Daily Mirror pada muka surat 3, mengeluarkan berita memfitnah Presiden PAS dan mendakwa beliau sebagai pemimpin nombor 3 al-Qaeda yang kini ditahan di Guantanamo Bay, Panama.
img213/4236/amponnc8.jpg

Continue reading ‘Fitnah kepada Presiden PAS – Daily Mirror, UK mohon maaf’

27
Aug
07

Merdeka!!! Merdeka!! Merdeka!!

Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub melancarkan ekspedisi bermotor Honda 70 peringkat Kubang Kerian sempena menyambut 50 tahun Kemerdekaan Negara di Kubang Kerian Khamis lalu.Salahuddin sambut 50 merdeka peringkat pemuda kubang kerian

Salahudin sambut merdeka bersama pemuda bermotor Kubang Kerian

Salahuddin pekik Merdeka

24
Aug
07

Battle of Kepala Batas is on

husam-kepala-batas-copy.jpg

Vs 

pak-lah-kepala-batas-copy.jpg

21
Aug
07

Pas ‘masih hidup’

Oleh AZRAN FITRI RAHIM (WARTAWAN UTUSAN)ANGIN pilihan raya mula bertiup kencang di negeri yang menjadi kubu kuat Pas apabila pelbagai kenyataan berbaur provokasi dan memancing undi ditiup oleh beberapa pemimpin parti tersebut.

Menariknya setiap kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin Pas di negeri ini menjadi pengukur terhadap persiapan parti itu untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang. Pendekatan tersebut terpaksa dibuat untuk menyampaikan mesej kepada para pengundi bahawa Pas masih ‘hidup’ untuk terus berjuang.

Baru-baru ini, Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa mengeluarkan kenyataan bahawa fokus parti berkenaan adalah untuk menang sekurang-kurangnya 40 kerusi Parlimen bagi mengukuhkan parti itu di Dewan Rakyat. Continue reading ‘Pas ‘masih hidup’’

19
Aug
07

Mungkinkah Annuar yang sebenarnya berangan-angan


Dua anak Musa yang menjadi perhatian di Kelantan hari ini adalah Annuar Musa, Ketua Perhubungan Umno Kelantan dan Husam Musa, Naib Presiden PAS dan anggota EXCO kerajaan Negeri Kelantan. Besarnya kedua tokoh ini bagi setengah pihak yang MINGGUAN MALAYSIA hari ini memuatkan wawancara khas satu muka di bawah tajuk:

Angan-angan atau realiti?
Continue reading ‘Mungkinkah Annuar yang sebenarnya berangan-angan’

19
Aug
07

PAS akan perjuangkan permit teksi untuk individu jika mendapat dua atau tiga kerusi parlimen di Kuala Lumpur

Kuala Lumpur– PAS berjanji akan memperjuangkan nasib pemandu-pemandu teksi di Lembah Klang jika diberi peluang untuk mewakili dua atau tiga kerusi parlimen di Kuala Lumpur kata Datuk Paduka Husam Musa ketika bertemu dengan 50 orang pemandu teksi di Kuala Lumpur petang semalam.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada pemandu-pemandu teksi yang sudi hadir untuk meluangkan masa dengannya walaupun waktu petang adalah waktu pemandu-pemandu teksi mendapat banyak pelanggan.
Continue reading ‘PAS akan perjuangkan permit teksi untuk individu jika mendapat dua atau tiga kerusi parlimen di Kuala Lumpur’

19
Aug
07

Nik Aziz benarkan main snuker

KOTA BHARU 18 Ogos – Kerajaan Pas mendakwa tidak pernah mengharamkan permainan snuker dan biliard di negeri ini sebaliknya menyokong pembangunan sukan tersebut.Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, pihaknya hanya mengharamkan kedua-dua sukan itu jika melibatkan elemen yang menyalahi undang-undang seperti judi dan gejala sosial.

“Saya memang bercadang hendak bangunkan permainan snuker dan biliard di Kelantan sejak 14 tahun lalu setelah melihat kemeriahan sukan ini ketika melawat Beijing, China.

“Bagaimanapun, disebabkan sukan ini lebih menjurus kepada perjudian sebelum ini menyebabkan ia tidak boleh dikembangkan,” katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Biliard dan Snuker Terbuka Kelantan 2007 di pasar raya KB Mall di sini, hari ini.

Continue reading ‘Nik Aziz benarkan main snuker’

19
Aug
07

Wawancara Mingguan Malaysia dengan 2 Anak Musa.

40: Angan-angan atau realiti? Perspektif dari 2 orang bin Musa


hm dan \

Continue reading ‘Wawancara Mingguan Malaysia dengan 2 Anak Musa.’




November 2020
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Blog Stats

  • 111,664 hits