Archive for the 'Politik' Category

17
Feb
08

Peningkatan jumlah pemilih tidak munasabah – Presiden PAS

Helmi Khalid
Sun | Feb 17, 08 | 11:32:10 am MYT
SUNGAI PETANI, 17 Feb (Hrkh) – Presiden PAS, Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang melahirkan rasa sangsi terhadap jumlah pengundi yang terlalu ramai di catatkan di seluruh negara khususnya di beberapa negeri termasuk di Terengganu.”Terengganu mencatatkan jumlah pengundi sekitar 550,000 pengundi, hampir separuh dari jumlah keseluruhan rakyat Terengganu, ini pelik; berlaku di Perak di mana sejumlah 13,000 nama pengundi diletakkan di beberapa tempat, maksudnya nama mereka ada di banyak tempat; 13,000 bukan sedikit, ini juga tak sepatutnya berlaku,” ujar beliau lagi.

Ustaz Hadi berkata demikian kepada pemberita dalam satu sidang akhbar sempena lawatan beliau di Sungai Petani dalam siri Jelajah Presiden ke Kedah, kelmarin.

Tambahnya, pengumuman SPR bahawa terdapat lebih 10 juta pengundi tersenarai dalam daftar pemilih di seluruh negara, iaitu lebih 1/3 dari jumlah rakyat Malaysia, boleh dipertikaikan kerana ia jumlah yang terlalu besar. Continue reading ‘Peningkatan jumlah pemilih tidak munasabah – Presiden PAS’

16
Dec
07

MIC: Berikan pinjaman Tekun kepada kaum India

15-12-2007 06:12:24 PMKUALA LUMPUR:  MIC, yang mahu lebih ramai kaum India terlibat dalam perniagaan, mencadangkan kerajaan memberi bantuan kewangan khas seperti Skim Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (Tekun) kepada kaum berkenaan.

Naib Presiden MIC Datuk S. Veerasingam berkata bantuan kewangan itu penting dalam menggalakkan kaum India memulakan perniagaan. Continue reading ‘MIC: Berikan pinjaman Tekun kepada kaum India’

10
Dec
07

Menteri sangkal tuduhan RTM pecat juruhebah

SUNGAI PETANI 9 Dis. – Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin menyifatkan Pusat Kewartawanan Bebas (CIJ) dan Perikatan Penulis Untuk Kebebasan Media (WAMI) sebagai persatuan wartawan yang tiada kredibiliti.Beliau berkata, CIJ dan WAMI jelas menghasut rakyat secara terang-terangan dengan menulis berita berdasarkan fakta yang tidak benar dan berunsur fitnah. Continue reading ‘Menteri sangkal tuduhan RTM pecat juruhebah’

10
Dec
07

3 tragedi 9 Disember: Malaysia menuju sebuah Negara Polis

Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Sun | Dec 09, 07 | 7:06:09 pm MYT
PAS melihat beberapa insiden yang berlaku pada hari ini dengan penuh kebimbangan dan menegaskan bantahan sekeras-kerasnya terhadap apa yang berlaku itu

Pertama: Tindakan Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu yang enggan memberikan ikat jamin kepada dua orang ahli PAS, iaitu Suwandi Ab Ghani, 38, dan Muhammad Azman Aziz, 21 yang dituduh dengan pelbagai tuduhan berikutan Perisitwa Hitam Batu Burok, Kuala Terengganu, 8 September, 2007 lalu.

Keenganan memberikan ikat jamin kepada kedua-dua ahli PAS ini sangat luar biasa sedangkan semua kes yang dituduh terhadap mereka dibenarkan ikat jamin. Menurut rekod kedua-dua mereka adalah mangsa yang ditembak dengan peluru hidup oleh pihak polis dalam kejadian tersebut. Continue reading ‘3 tragedi 9 Disember: Malaysia menuju sebuah Negara Polis’

13
Nov
07

Guna ISA untuk mereka yang promosi perhimpunan- Adnan

Tuesday, 13 November 2007

LANGKAH-langkah mencegah, termasuk menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), perlu dikenakan terhadap mereka yang mengalakkan kegiatan tidak sihat dan pertempuran, kata Pengerusi Perhubungan Umno Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Merujuk pada perhimpunan Sabtu lalu oleh Bersih yang menuntut pilihanraya yang bersih dan adil, Adnan berkata soal keselamatan negara adalah lebih penting daripada permintaan pihak pembangkang. Continue reading ‘Guna ISA untuk mereka yang promosi perhimpunan- Adnan’

01
Nov
07

Kemesraan Dollah dan Tok Guru menjadi bualan

Pagi tadi semasa bersiap-sedia di rumah, TV seperti biasa dibuka dengan siaran MHI TV3. Celoteh dua orang pengacaranya tiba-tiba menarik perhatian saya apabila mereka melayan panggilan telefon dari seorang yang mengenalkan dirinya sebagai Rahmat dari Pontian, Johor. Isu yang dibincangakan pagi tadi adalah berkenaan bajet peribadi selepas Hari Raya tetapi pemanggil telah menyimpang dari tajuk perbincangan apabila beliau tiba-tiba mengulas Majlis Pelancaran ECER semalam yang menyaksikan kemesraan antara PM Dollah Badawi dan MB Kelantan Tok Guru Nik Abdul Aziz.


Gambar Agendadaily

Continue reading ‘Kemesraan Dollah dan Tok Guru menjadi bualan’

04
Oct
07

BPR Mengugut Sim & Siva: Dedahkan Sumber Atau Dipenjarakan

Sumber: KeADILan

 

Kuala Lumpur, 4 Oct – Naib Presiden KeADILan R. Sivarasa dan Penyelaras Politik Dato’ Seri Anwar Ibrahim Sim Tze Tzin hari ini diugut oleh BPR.

BPR memberi notis bahawa jika sumber video skandal Ketua Hakim Negara tidak didedahkan, mereka boleh dipenjara selama dua tahun.

Sivarasa telah mengumumkan kesanggupan beliau untuk menghadapi apa-apa hukuman demi mempertahankan identiti sumber tersebut.

Berita seterusnya akan berikutan.

 

28
Sep
07

Tebalnya prasangka buruk Melayu di negara ini

Khairul Faizi
Fri | Sep 28, 07 | 10:52:49 am MYT
Ketika saya mengedarkan kuih bulan di sekitar kawasan perniagaan di Taman Sri Kluang, seorang peniaga Cina memberitahu kepada saya tentang perarakan ribuan peguam-peguam di Putrajaya kelmarin.<!–

Continue reading ‘Tebalnya prasangka buruk Melayu di negara ini’

27
Sep
07

: Perarakan dari kacamata peguam dan penulis

Thursday, 27 September 2007


Perhimpunan peguam terbesar dalam sejarah Malaysia (lagi foto di dalam)
PERARAKAN  peguam semalam bukan sahaja mengejutkan kerajaan bahkan pihak pembangkang sendiri. Seperti kata Presiden Majlis Peguam Ambiga Sreenaevasan, “Jika peguam berarak, pasti ada yang tidak betul,”.  KLpos.com mengutip dua saksi mata dalam perarakan semalam. Peguam dan ahli politik Lathefa Koya menulis ‘Hari ini saya bangga jadi peguam” manakala penulis serta penganalisis politik terkemuka Mohamad Sayuti Omar atau MSO menulis “Berarak bagai ribuan gagak bersahut-sahutan”.  Gambar kiriman Tan Ah Kow.Hari ini saya bangga jadi peguam Continue reading ‘: Perarakan dari kacamata peguam dan penulis’

26
Sep
07

Poster-poster pilihan raya: Cetak dan sebarkan

Maklumat  Adalah menjadi tanggungjawab setaip insan (yakni pengunjung laman ini) untuk memberikan kesadaran kepada masyarakat bahawa pemerintahan negara kita telah mengalami zaman yang cukup dasyat. Pelbagai masalah masyarakat telah melanda, baik rakyat marhein mahupun pemimpin atasan semuanya telah mula dirasuk budaya kurang sihat.

Anda wajib memainkan peranan untuk kesedaran ini. Muat turun (download), Cetak dan tampal di tempat-tempat awam.



Klik untuk download poster TAK NAK BN (format pdf)
Poster kiriman umno dokpakkagawa

Continue reading ‘Poster-poster pilihan raya: Cetak dan sebarkan’

15
Sep
07

Amir: 100 petikan orang politik yang wajib dibaca

13-09-2007 08:59:07 PM
Oleh SALHAN K. AHMADPETALING JAYA:  Penulis dan pengarah filem kontroversi Amir Muhammad akan melancarkan buku yang memuatkan kumpulan ungkapan “lawak”, menarik dan sekali gus sukar dilupakan yang pernah disampaikan pemimpin-pemimpin politik negara ini.

Buku bertajuk Malaysian Politicians Say the Darndest Thing yang merakamkan lebih 100 petikan daripada tokoh-tokoh popular — seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Harussani Zakaria — dilancarkan Ahad ini di bangunan tambahan belakang Pasar Seni.

Amir yakin buku setebal 115 halaman susunan dan terbitannya itu tidak akan diharamkan seperti yang terjadi terhadap dua buah filem arahannya, Lelaki Komunis Terakhir dan Apa Khabar Orang Kampung.

Beliau menyifatkan buku sulung terbitan syarikatnya Matahari Books itu sebagai bahan santapan minda “di antara karya pelukis Lat dan penulis politik Raja Petra Kamaruddin”.

“Petikan di dalam buku itu tidak subversif seperti (laman web) Raja Petra atau lucu seperti kartun Lat,” katanya  kepada mStar Online hari ini. Continue reading ‘Amir: 100 petikan orang politik yang wajib dibaca’

14
Sep
07

Kijang Care : Siasat Kemalangan di Baling, Kedah

Salam Dato Husam;

Boleh tak minta orang siasat kejadian kemalangan bas di Kedah semalam. Kejadian itu agak meragukan kerana terdapat pendatang haram Mynmar yang akan dibawa ke Kelantan. Katanya itu untuk di hantar pulang melalui Rantau Panjang.

Kebetulan dengan laporan polis oleh Sdr Adzha tentang pendatang Myanmar berada di Jabatan Pendaftaran Negara, saya mengaitkan dengan kemalangan tersebut.

Terdapat beberapa fakta kemalangan yang meragukan:

1. Kenapa Bas Sekolah digunakan untuk mengangkut pendatang haram Myanmar bukannya trak polis?

2. Kenapa perlu di bawa ke Kelantan untuk dihantar pulang melalui sempadan Thailand sedangkan melalui Bukit Kayu Hitam lebih dekat.

3. Kenapa mahu dihantar melalui Narathiwat dan Pattani sedangkan kedua-dua wilayah tersebut tidak aman.

4. Adakah terdapat sebarang depot tahanan di Rantau Panjang seperti dilaporkan oleh akhbar?

Saya rasa kita kena berhati-hati dalam hal ini.

Azam
azam@yahoo.com

14
Sep
07

“Tak perlu provokasi, tembak saja pengikut PAS”

Lifeboat
Fri | Sep 14, 07 | 03:23:19 PM
Katalah seluruh rakyat Malaysia mempercayai apa yang diindoktrinasikan oleh akhbar arus perdana dan pemimpin Umno mengenai insiden di Batu Buruk.

Maka yang sepatutnya dilakukan oleh kerajaan ialah menghantar tentera dan sebanyak mana anggota pasukan polis dan mengembom dan menembak mati sahaja “pengikui” PAS kerana bukankah mereka sudah dianggap secara tidak rasmi sebagai musuh negara Malaysia dan kumpulan yang boleh menjejaskan kedaulatan negara dan keselamatan rakyat Malaysia. Continue reading ‘“Tak perlu provokasi, tembak saja pengikut PAS”’

14
Sep
07

PAS hilang percaya kredibiliti polis

KUALA LUMPUR, 14 Sept – Keengganan polis mengambil tindakan terhadap individu yang membakar bendera menyebabkan PAS sangsi dan hilang kepercayaan kepada kredibiliti pasukan polis, kata Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Serentak dengan itu, Malaysiakini melaporkan beliau menggesa supaya badan penyiasat bebas di bawah Majlis Raja-raja Melayu dibentuk bagi menyiasat kejadian tersebut.

Menurut beliau, menjelang tengah malam, ketika anggota polis dan orang ramai beredar meninggalkan kawasan kejadian, datang satu pasukan lain dengan membuat kacau dan merosakkan harta benda awam di kawasan sekitar tragedi berdarah itu. Continue reading ‘PAS hilang percaya kredibiliti polis’

05
Sep
07

Bantahan Pembohongan Fakta Sejarah Dalam Sambutan 50 Tahun Kemerdekaan

Kenyataan Media  Oleh Salahuddin Ayub

Dewan Pemuda PAS Pusat memandang serius propaganda dan kegiatan ’jenayah akademik’ dan pembohongan fakta sejarah tanah air yang dilakukan oleh pihak kerajaan dan mengadakan sambutan 50 Tahun Kemerdekaan Negara pada tahun ini. Yang lebih jelas, propaganda-propaganda ini lebih bersifat untuk mengelirukan rakyat menjelang Pilihanraya Umum ke-12 yang dijangka akan berlangsung pada tahun ini. Kami amat kesal kerana Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa) selaku hos sambutan ternyata telah menafikan fakta-fakta kemerdekaan, sebaliknya cuba mengangkat parti pemerintah sebagai pejuang kemerdekaan yang sebenar. Continue reading ‘Bantahan Pembohongan Fakta Sejarah Dalam Sambutan 50 Tahun Kemerdekaan’

01
Sep
07

sekitar HIMPIT 2007

Berita  Oleh amdang81

Himpunan Pemuda Islam Terengganu (HIMPIT 2007) telah berjaya mengumpul lebih daripada 5000 pemuda PAS seluruh negeri Terengganu di Masjid Rusila pada Jumaat 31 Ogos 2007.

Pelbagai acara dijalan semalam termasuk mengorbankan 20 ekor lembu.


Para peserta sedang mendaftar HIMPIT 2007


Peserta daripada DUN Sura, Dungun, Terengganu
Continue reading ‘sekitar HIMPIT 2007’

01
Sep
07

XPDC Dakwah: Catatan di Konsert AF di SMK Seri NIlam

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamualaikum wbt…

Jam 4.30 Petang aku terima call dari seorang kawan. “Amdang, call Sinar Harian! Malam ni pemuda KT nak buat demo bantah konsert di SMK Seri Nilam!”. Dalam kepala aku demo, banner, takbir, polis, FRU dan topi merahnya. Aku sebetulnya tak suka demontrasi ni. Kerana ianya melambangkan betapa pihak yang perlu dihadap itu terlalu DEGIL! Ya lah, setelah kita bincang dan beritahu itu dan ini pun belum ambil satu keputusan yang ‘wajar dan saksama’, maka cara lain yang rakyat perlu tunjuk adalah dengan demonstrasi. Sebab ini akan mendapat perhatian media, mendapat perhatian pihak atasan, dan kadang-kala akan disokong oleh orang ramai yang belum memahami isu yang hendak disampaikan. Juga bukti kita perjuangkan satu isu itu bukan main-main. Kita bersungguh dan komited!.

Aku dah lupa berapa kali aku ikuti demonstrasi. Tapi bilangannya tidak terlalu banyak. Masih cukup jari tangan dan kaki jika aku renung kembali apa isu yang pernah aku juangkan dalam menyertai demonstrasi ini. Semuanya pada aku adalah perhimpunan aman. Berhimpun menyatakan sokongan pada pihak tertentu dan mungkin juga mengecam pihak tertentu. Kami berhimpun dengan aman, tetapi dikejar dan dihambat oleh FRU menjadikan suasana kacau dan bilau. Macam rakyat ni nak perang dilanyak mereka. Apa boleh buat, mereka memikul amanah pemimpin. A kata pimpinan, A yang dibuat. B kata pimpinan, B yang diturut. Ada muka-muka FRU yang aku lihat kesal dalam perbuatan mereka. Ada yang seolah-olah tidak redha. Nak je aku kata, “Carilah kerja lain yang lebih diberkati dari menjadi anjing suruhan!” Maaf, bukan aku samakan FRU dengan anjing, tetapi istilah anjing suruhan adalah bagi menggambarkan betapa setianya pelaksana amanah itu menjalankan suruhan.

Continue reading ‘XPDC Dakwah: Catatan di Konsert AF di SMK Seri NIlam’

31
Aug
07

Isu rasuah tidak untungkan pembangkang

Oleh FATHI ARIS OMARPETALING JAYA:  Isu-isu rasuah sering muncul termasuk melibatkan pegawai tinggi kerajaan serta tokoh politik negara dan menjadi perdebatan umum tetapi ia tidak akan berjaya mengalih undi kepada pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang, kata pengamat-pengamat politik.

Rustam A. Sani, seorang cendekiawan yang dekat dengan parti-parti pembangkang, menyalahkan masyarakat yang tidak mempunyai “keberangan moral” sehingga isu-isu rasuah gagal menjadi tema utama politik berbanding isu-isu seks, agama atau perkauman.

“Tidak ada kesan. Kalau ada, sedikit sahaja,” katanya kepada mStar Online apabila diminta mengulas dampak isu rasuah terhadap pengundi. Continue reading ‘Isu rasuah tidak untungkan pembangkang’

31
Aug
07

Dua cadangan kerajaan negeri ditolak kerajaan pusat

Exco kerajaan negeri, Dato’ Husam Musa berkata, dua cadangan utama kerajaan negeri mengenai pendaratan gas dan pembinaan landasan kereta api menghubungkan Kelantan dengan Pulau Pinang tidak dimasuk dalam pelan pembangunan Koridor Pantai Timur.

“eberapa pertemuan dengan pemimpin kerajaan Pusat, kerajaan negeri mencadangkan Kelantan dijadikan sebagai pusat pendaratan gas.

“Ini kerana negeri ini memiliki rizab gas yang banyak di kawasan pertindihan dengan Thailand. Sekiranya pendaratan gas ini berlaku sudah pasti akan melonjakkan pertumbuhan ekonomi negeri ini. Continue reading ‘Dua cadangan kerajaan negeri ditolak kerajaan pusat’

31
Aug
07

Sambutan di ambang 31 Ogos: Tanpa malu, Umno jajah Dataran Merdeka!

Ahmad Lutfi Othman

Ketika saya dan Pengarang Harakah, Taufek Yahya memikirkan tajuk muka depan Harakah keluaran 1-15 September 2007, ada tiga tajuk yang kami bincangkan, iaitu “Sambut Merdeka Untuk BN”, “BN Rampas Sambutan Merdeka”, dan “Merdeka Jadi Kempen BN”.

Apabila kami memilih “Merdeka Jadi Kempen BN”, tidak terlantas langsung bahawa sambutan Di Ambang Kemerdekaan malam tadi akan menjadi lebih buruk, sarat dengan propaganda murahan BN (dulunya Perikatan) dan begitu meloyakan.

Malah, bagi saya, sambutan yang dianggap paling gemilang itu (dan pastinya paling banyak menghanguskan wang rakyat walhal ia tidak dapat menyemai semangat patriotisme warga) akan dikenang sebagai acara yang sebenarnya dianjurkan oleh parti pemerintah (dan bukannya kerajaan) untuk berkempen politik menjelang pilihan raya umum ke-12, tetapi dengan menggunakan dana dan kemudahan awam. Continue reading ‘Sambutan di ambang 31 Ogos: Tanpa malu, Umno jajah Dataran Merdeka!’




November 2020
M T W T F S S
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Blog Stats

  • 111,664 hits