Archive for the 'SPR' Category

17
Feb
08

Peningkatan jumlah pemilih tidak munasabah – Presiden PAS

Helmi Khalid
Sun | Feb 17, 08 | 11:32:10 am MYT
SUNGAI PETANI, 17 Feb (Hrkh) – Presiden PAS, Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang melahirkan rasa sangsi terhadap jumlah pengundi yang terlalu ramai di catatkan di seluruh negara khususnya di beberapa negeri termasuk di Terengganu.”Terengganu mencatatkan jumlah pengundi sekitar 550,000 pengundi, hampir separuh dari jumlah keseluruhan rakyat Terengganu, ini pelik; berlaku di Perak di mana sejumlah 13,000 nama pengundi diletakkan di beberapa tempat, maksudnya nama mereka ada di banyak tempat; 13,000 bukan sedikit, ini juga tak sepatutnya berlaku,” ujar beliau lagi.

Ustaz Hadi berkata demikian kepada pemberita dalam satu sidang akhbar sempena lawatan beliau di Sungai Petani dalam siri Jelajah Presiden ke Kedah, kelmarin.

Tambahnya, pengumuman SPR bahawa terdapat lebih 10 juta pengundi tersenarai dalam daftar pemilih di seluruh negara, iaitu lebih 1/3 dari jumlah rakyat Malaysia, boleh dipertikaikan kerana ia jumlah yang terlalu besar. Continue reading ‘Peningkatan jumlah pemilih tidak munasabah – Presiden PAS’

Advertisements
01
Nov
07

Nazri, Menteri Yang Celupar Lagi Biadab

Umum mengetahui, Nazri Abdul Aziz adalah seorang yang bemulut celupar lagi biadab. Satu ketika beliau pernah mencabar Tun Dr Mahathir agar menjadi jantan dan meninggalkan Umno kerana bersungguh sangat mahu mengkritik dan menyerang kerajaan dan duduk bersama pembangkang, sekalipun umum mengetahui sumbangan Nazri kepada negara jika hendak dibandingkan dengan sumbangan Tun Dr Mahathir umpama melukut di tepi gantang.Terbaru, Nazri cuba menunjukkan lagaknya sekali lagi, kali ini beliau cuba mempopularkan dirinya dengan mengkritik Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Persidangan Undang-undang Malaysia ke-14 di ibu negara.

Ketika merasmikan persidangan tersebut, Sultan Azlan Shah berkata, tanggapan rakyat terhadap badan kehakiman adalah penting. Continue reading ‘Nazri, Menteri Yang Celupar Lagi Biadab’

01
Nov
07

Ada Petunjuk baru ! PRU bulan Disember?

Respon @ Ulasan  Oleh CT Mardiah

Assalamualikum, Saya tertarik dengan berita yang disiarkan dilaman buletinonline. Namum begitu ada kekeliruan besar, kesilapan besar didalam mengemukakan fakta.

Sepengetahuan saya yang ada juga hubungan dengan SPR serta pegawai Pengurus biasanya yang sampai 2 bulan sebelum pilihanraya ialah borang percalonan serta borang borang yang berkaitan dengan percalonan, pencadang dan penyokong. Juga borang-borang sumpah.

Sukacita dimaklumkan bahawa kertas undi ini saiznya tidak menentu. Ianya bergantung kepada jumlah calon.Oleh itu biasanya ia ditempah oleh SPR negeri sebaik sahaja selesai pernamaan calon.Kertas ini di cetak bersama sama dengan notis piliharaya.

Sekian Terima Kasih.
Pohon Maaf jua.
Kesilapan dikesali.

“Kertas undi telah sampai kepada kilang percetakan di Kelantan dan Terengganu dan biasanya dua bulan selepas itu akan diadakan pilihan raya,” jelasnya.

Link Artikel (klik)

28
Sep
07

MEMO PRU12: PAS Kelantan Depani UMNO Marjin 10% — Bah 1

Oleh Rudin X

a

Siapalah koordinator strategi UMNO? PAS berimej Islamik, UMNO pun teringin nak jadi Hadharik. Tetapi dalam melaksanakan strategi, haru biru sungguh nampaknya UMNO. [i]

Memerhati tajuk berita dan maklumat awam lain, hiba dan terdesak benar bunyinya BN/UMNO sehari dua ini.

  • Melayu tidak peduli soal politik, rungut Zainuddin Maidin [1].
  • Daftar sebelum akhir Oktober untuk layak mengundi PRU 12, gurau Abdul Rashid, pengerusi SPR [2].
  • Tiada pilihanraya dalam masa terdekat, baca Abdullah Ahmad (Badawi) dari “skrip”nya [3], [4].

Continue reading ‘MEMO PRU12: PAS Kelantan Depani UMNO Marjin 10% — Bah 1’

05
Sep
07

100% konon..HANTU koo SPR…

GEMPAR ! Cuba semak daftar pemilih berikut:

No ic : 990518610029

http://daftarj.spr.gov.my/daftar.asp

Pengundi yang masih belum lahir atau tidak wujud itu juga telah didapati memenangkan UMNO/BN dalam PRK DUN Ijok yang lalu. Nama dan no ic tersebut masih lagi ada di dalam daftar pemilih. Cuba semak! ini adalah pemeriksaan secara rambang, yang lain tak tahulah berapa banyak lagi pengundi yang tak wujud dan yang telah mati yang bakal mengundi pada PRU akan datang.

Mohon Institusi Raja-raja campur tangan dalam membersihkan demokrasi dalam negara ini.

img337/1277/hantuab8.jpg

lanjutan dari artikal

Dakwat Bukti Ketelusan SPR Laksana Pilihan Raya
KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) — Keputusan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk menggunakan tanda dakwat khas di kuku pemilih pada pilihan raya umum akan datang bertujuan meningkatkan sehingga “ke tahap 100 peratus” keyakinan rakyat terhadap ketelusan suruhanjaya itu dalam melaksanakan proses demokrasi di negara ini.

ADMIN: 100% tengkorak ko..nama budak atas tu apanya…. 

31
Aug
07

Isu rasuah tidak untungkan pembangkang

Oleh FATHI ARIS OMARPETALING JAYA:  Isu-isu rasuah sering muncul termasuk melibatkan pegawai tinggi kerajaan serta tokoh politik negara dan menjadi perdebatan umum tetapi ia tidak akan berjaya mengalih undi kepada pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang, kata pengamat-pengamat politik.

Rustam A. Sani, seorang cendekiawan yang dekat dengan parti-parti pembangkang, menyalahkan masyarakat yang tidak mempunyai “keberangan moral” sehingga isu-isu rasuah gagal menjadi tema utama politik berbanding isu-isu seks, agama atau perkauman.

“Tidak ada kesan. Kalau ada, sedikit sahaja,” katanya kepada mStar Online apabila diminta mengulas dampak isu rasuah terhadap pengundi. Continue reading ‘Isu rasuah tidak untungkan pembangkang’

29
Aug
07

Demokrasi Thai lebih terbuka

Analisis Isu Oleh Siasahdaily

llKUALA LUMPUR, 28 Ogos: Rakyat Thailand jauh bernasib baik berbanding dengan Malaysia dalam konteks demokrasi apabila mereka sudah mengetahui bahawa mereka akan mengundi pada 25 Disember 2007 nanti.

Tetapi di Malaysia, mereka perlu menunggu ilham Perdana Menteri, kata AJK PAS Pusat, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali.

vb“Apalah malangnya nasib rakyat Msia tarikh mengundi pun jadi rahsia besar dan kena tunggu ilham PM. Ini kerana demokrasi Malaysia adalah demokrasi pincang.

“Perkara yang jadi amalan antara bangsa di MSIA rakyat dilayan macam tidak berpelajaran dan tidak cerdik,” kata beliau dalam satu kenyataan medianya.

Beliau mengulas ketidaktentuan hari mengundi di Malaysia. Padahal di negara-negara lain hari mengundi telah diketahui lebih awal lagi.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Thailand mengumumkan pilihan raya umum akan diadakan di Thailand pada 23 Disember depan. Continue reading ‘Demokrasi Thai lebih terbuka’