10
Jan
08

Kontroversi Maya Karin: Kelantan mulai hati-hati

10-01-2008 07:58:49 PMKOTA BAHARU:  Kerajaan negeri Kelantan menegaskan mereka tidak serik untuk menjemput artis ke negeri itu walaupun isu kedatangan seorang pelakon baru-baru ini telah dipolitikkan.

Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pendidikan, Sains dan Teknologi Negeri, Nik Mohd Amar Nik Abdullah berkata pihaknya bagaimanapun akan lebih berhati-hati bagi memastikan perkara yang sama tidak berulang.

“Kerajaan negeri tidak pernah terfikir tindakan mempelawa Maya Karin untuk bercakap fasal seni dan filem, dipolitikkan sehingga menimbulkan masalah kepada artis itu.

“Bagaimanapun selepas ini kita akan lebih berhati-hati bagi mengelak artis yang dijemput untuk menyertai program yang kita anjurkan tidak menghadapi sebarang masalah seperti yang berlaku kepada Maya Karin,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Nik Mohd Amar mengulas mengenai kenyataan artis tersebut yang kesal kerana kehadirannya di Kalantan untuk menjadi ahli panel forum bagi membicarakan filem karyawan Iran terkenal, Majid Majidi sempena MiniFest Kelantan 2007 bulan lepas telah dipolitikkan.

Sementara itu Ketua Puteri Umno, Datuk Noraini Ahmad berkata langkah Pas Kelantan yang semakin kerap membawa masuk artis dan selebriti untuk program yang dianjurkannya menunjukkan parti itu semakin terdesak untuk mencari sokongan rakyat.

“Dulu apa yang Umno buat mereka bising, kata gunakan artis tak elok, tak ikut budaya Islam, tetapi sekarang mereka sendiri buat, nampak yang mereka semakin terdesak,” katanya. BERNAMA


1 Response to “Kontroversi Maya Karin: Kelantan mulai hati-hati”


  1. 1 husem anas
    January 28, 2008 at 3:49 pm

    Think positif wahai Ketua Puteri UMNO. You tu langsung tak tutup kepala, open air nak komen oarang pulak.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: