27
Aug
07

Wanita Umno masih sukar terima Jeanne?

Pendapat dKUALA LUMPUR, 27 Ogos (Hrkh)- Kenyataan Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam ceramahnya di Gemencheh, Negeri Sembilan pada 4 Ogos 2007 lalu, mengenai penerimaan masyarakat terhadap isteri baru Perdana Menteri, mungkin ada benarnya.

Mohammad Sabu dipetik sebagai berkata, golongan agama dalam Umno, khususnya di kawasan Kepala Batas, yang diwakili Perdana Menteri, melahirkan protes senyap kepada Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana memilh isteri barunya yang dilihat berperwatakan tidak secocok dengan konsep Islam Hadhari.

Dilaporkan ada sumber dalaman Umno yang mendedahkan bahawa protes ini kemudiananya dirakamkan melalui sepucuk surat kepada Abdullah. Difahamkan Abdullah yang juga Presiden Umno dan Ketua Umno Bahagian Kepala Batas tidak senang hati dengan luahan rasa dari para penyokongnya ini.

“Apalah sudah tidak ada lagi perempuan Melayu yang layak menjadi isteri Presiden Umno ini?” demikian luahan seorang aktivis wanita Umno di salah sebuah bahagian Umno Wilayah Persekutuan ketika melahirkan rasa kecewanya dengan keputusan Abdullah mengambil Jeanne Abdullah sebagai isterinya.


b
Formula “sayang” Pak Lah

u

Wanita ini yang menggelarkan namanya sebagai Kak Salmah seterusnya berkata, walaupun mencari jodoh baru selepas kematian isterinya, Allahyarham Endon Mahmood adalah hak Abdullah, namun pemilihan isteri barunya ini memberikan gambaran sejauh mana isi hati Presiden Umno ini terhadap Umno dan bangsa Melayu.

“Apabila kita mahu memperjuangkan nasib bangsa dan agama, kita sepatutnya sensitif dengan setiap anggota keluarga, termasuk meneliti dahulu latar belakang bakal isteri dan keluarganya, terutama dari aspek penghayatan Islam,” tambah Kak Salmah.

“PM mempunyai pilihan, sama ada mahu memilih isteri bertudung atau tidak. Ramai ahli-ahli Umno terpinga-pinga, mengapa beliau mensia-siakan peluang kedua yang Allah beri kepadanya,” ujarnya.

Dalam pada itu, seorang lagi ahli Wanita Umno dari Ipoh, Perak memberitahu, antara isu yang dimainkan oleh penentang-penentang Tengku Razaleigh dalam usahanya merebut jawatan penting Umno adalah mengaitkan beliau dengan isterinya yang berbangsa Cina dari Singapura.

Beliau yang masih taat dan menjadi penyokong kuat kepada bekas Menteri Kewangan ini memberitahu, isu tersebut sukar ditangkis walaupun semua menyedari bahawa jodoh, maut dan rezeki ditentukan oleh Allah SWT.

w“Sebab itu saya tidak hairan bila mendapat tahu ramai ahli-ahli Wanita Umno Kepala Batas tidak begitu gemar dengan pilihan Abdullah,” katanya. Penyokong setia Tengku Razalegih ini menambah, walaupun diakui hak Abdullah untuk memilih isteri tetapi di dalam keadaan sekarang terutama apabila begitu ghairah Perdana Menteri memperjuangkan konsep Islam Hadhari, kehidupan keluarganya sendiri harus mencerminkan konsep yang beliau perjuangkan.

Sementara itu, seorang wanita Umno dari bahagian Gombak berkata, tidak timbul isu Presiden Umno isteri barunya, sama ada dari kalangan orang Melayu, Cina, India, Jepun mahupun dari Inggeris. “Yang penting bagaimana peranan suami membentu isterinya untuk menjadi insan solehah dan suami pula tidak bertindak dayus dalam mengemudi rumah tangga,” ujarnya.

“Bagi saya, PM berhak menentukan siapa saja isterinya. Tak timbul langsung soal bangsa atau warna kulit asalkan beliau taat kepada suami, patuh tuntutan agama serta bersama-sama mendokong perjuangan suami dalam Umno,” katanya lagi.

Beliau menambah, dakwaan bahawa Jeanne ditolak masyarakat Kepala Batas, khususnya oleh golongan agama, hanyalah propaganda halus pembangkang.


4 Responses to “Wanita Umno masih sukar terima Jeanne?”


  1. 1 fira
    August 29, 2007 at 1:05 am

    pada pendapat saya pemilihan pak lah bagi calon isteri beliau adalah pilaihan beliau…tetapi sebagai seorang pemimpin yang memperjuangkan sistem islam hadhari pemilihan isteri yang tidak menutup aurat bertentangan dengan apa yang diperjuangkan… tetapi hal ini menjadi tanggungjawab Pak LAh untuk membentuk peribadi isteri beliau selaras dengan apa yang diperjuangkan.. perkara ini merupakan perkara besar sekiranya apa yang diperjuangkan tidak sama dengan apa yang dilakukan ibarat ketam mengajar anaknya berjalan..oleh itu fikir – fikirkanlah…

  2. 2 abdul muiz bin badrulhisham
    December 26, 2007 at 8:52 am

    assalamualaikum,saya sebenarnya tak berapa setuju dgn pak lah kerana mengahwini seorang wanita yg tak menutup aurat.Lagipun pak lah boleh menegur isterinya supaya menutup aurat,si suami akan ditanya oleh Allah SWT mengenai tanggungjawab suami dlm membimbing isteri.Wassalam

  3. 3 kho
    January 12, 2008 at 5:15 pm

    ISLAM = I Shall Love All Mankind

    Bangsa tidak sepatutnya dijadikan ukuran untuk calon isteri asalkan mereka benar-benar bercinta.
    Sentiment perkauman tidak sepatutnya wujud dalam masyarakat Malaysia selepas 50 tahun merdeka. Kini, sepatutnya kita rakyat Malaysia bersatu-padu untuk menyambut cabaran dari dunia luar untuk menpertahankan kemerdekaan kita bukan saja dari segi pemerintah tetapi semua espect termasuk, ekonomi, kedaulatan dll.

  4. 4 hairul
    August 7, 2008 at 8:22 am

    saya setuju dengan saudara abdul muiz. pemimpin itu role model, sudah tentu mereka akan diperhati dan rakyat itu golongan yang dipimpin. biar zaman berubah tapi akidah tetap padalandasan yang sama. tindak tanduk seseorang akan memperlihatkan arah tuju hidupnya.


Leave a comment