Archive for August, 2007

31
Aug
07

Isu rasuah tidak untungkan pembangkang

Oleh FATHI ARIS OMARPETALING JAYA:  Isu-isu rasuah sering muncul termasuk melibatkan pegawai tinggi kerajaan serta tokoh politik negara dan menjadi perdebatan umum tetapi ia tidak akan berjaya mengalih undi kepada pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang, kata pengamat-pengamat politik.

Rustam A. Sani, seorang cendekiawan yang dekat dengan parti-parti pembangkang, menyalahkan masyarakat yang tidak mempunyai “keberangan moral” sehingga isu-isu rasuah gagal menjadi tema utama politik berbanding isu-isu seks, agama atau perkauman.

“Tidak ada kesan. Kalau ada, sedikit sahaja,” katanya kepada mStar Online apabila diminta mengulas dampak isu rasuah terhadap pengundi. Continue reading ‘Isu rasuah tidak untungkan pembangkang’

31
Aug
07

Pengadil kena belasah minta warga Indonesia jangan rusuh

Oleh MOHD NASIR YUSOFJAKARTA:  Pengadil karate Indonesia Donald Kolopita yang mendakwa dipukul oleh empat anggota polis Malaysia hari ini meminta rakyat Indonesia bersikap tenang dan jangan merusuh melulu dalam menunjukkan kemarahan terhadap Malaysia.

Beliau yang masih dirawat di Hospital Pusat Pertamina di sini kerana pecah gegendang sebelah telinga dan lebam di beberapa bahagian badan termasuk kemaluan, berkata mereka yang berdemonstrasi marahkan Malaysia jangan sampai bertindak keterlaluan.

Continue reading ‘Pengadil kena belasah minta warga Indonesia jangan rusuh’

31
Aug
07

Taib Mahmud kalah bertaruh dengan Ting Peng Khiing

MIRI:  Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud kalah “bertaruh” dengan pemaju terkemuka Tan Sri Ting Pek Khiing apabila Ting dapat menyiapkan projek Jejambat Pujut sebelum sambutan Merdeka hari ini, kira-kira 11 bulan lebih awal daripada jadual.

Bercakap kepada pemberita selepas memeriksa jejambat itu sepanjang 498 meter itu dengan menaiki kenderaan hari ini, Taib yang telah mencabar Ting semasa kali pertama beliau memeriksa projek jejambat berharga RM45 juta itu, tidak sampai dua minggu sebelum ini, berkata beliau tetap gembira walaupun kalah dalam “pertaruhan” itu kerana Ting mampu menyiapkan projek itu lebih cepat. Continue reading ‘Taib Mahmud kalah bertaruh dengan Ting Peng Khiing’

31
Aug
07

Bush: Betul ke Abdullah dah kahwin lagi?

31-08-2007 05:08:15 PM
Oleh SALMY HASHIMWASHINGTON:  Presiden George W. Bush menyifatkan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai satu tenaga yang sangat konstruktif bagi Asia Tenggara.

Malaysia adalah satu contoh menarik mengenai bagaimana sebuah masyarakat bebas boleh menangani gerakan-gerakan yang dipercayai boleh menukar dan meminda sifat masyarakat bebas itu.

“Saya menghormati cara Perdana Menteri menggunakan kebebasan dan menggunakan keterbukaan masyarakat untuk menangani mereka yang kecewa.

“Maksud saya, semua masyarakat mempunyai orang yang kecewa, dan persoalannya ialah sama ada cara mereka meluahkan kekecewaan itu akan membawa kepada keganasan atau membawa kepada keamanan,” kata presiden itu dalam satu pertemuan meja bulat, yang jarang diadakan, dengan sekumpulan wartawan dari Asia Pasifik, yang turut dihadiri Bernama.

“Malaysia adalah satu contoh sebuah negara di mana kekecewaan disalurkan melalui cara yang positif,” katanya mengulas mengenai kepimpinan Abdullah dalam menangani estremisme dan keganasan di negaranya.

“Saya menghormati Perdana Menteri (Datuk Seri Abdullah Ahmad) Badawi, mengagumi kepimpinannya,” kata Bush yang telah mengadakan pertemuan dengan Abdullah di Rumah Putih pada 2004.


Bush (tiga dari kanan) menerang sesuatu kepada sekumpulan wartawan Asia Pasifik, termasuk dari Malaysia (dua dari kiri), dalam pertemuan meja bulat yang jarang-jarang diadakan di Rumah Putih. (foto White House Photo Office)

Continue reading ‘Bush: Betul ke Abdullah dah kahwin lagi?’

31
Aug
07

Dua cadangan kerajaan negeri ditolak kerajaan pusat

Exco kerajaan negeri, Dato’ Husam Musa berkata, dua cadangan utama kerajaan negeri mengenai pendaratan gas dan pembinaan landasan kereta api menghubungkan Kelantan dengan Pulau Pinang tidak dimasuk dalam pelan pembangunan Koridor Pantai Timur.

“eberapa pertemuan dengan pemimpin kerajaan Pusat, kerajaan negeri mencadangkan Kelantan dijadikan sebagai pusat pendaratan gas.

“Ini kerana negeri ini memiliki rizab gas yang banyak di kawasan pertindihan dengan Thailand. Sekiranya pendaratan gas ini berlaku sudah pasti akan melonjakkan pertumbuhan ekonomi negeri ini. Continue reading ‘Dua cadangan kerajaan negeri ditolak kerajaan pusat’

31
Aug
07

tabung kifalah..!!!

kifalah-tg-anis.jpg

gambar menjelaskan segalanya…..

31
Aug
07

Sambutan di ambang 31 Ogos: Tanpa malu, Umno jajah Dataran Merdeka!

Ahmad Lutfi Othman

Ketika saya dan Pengarang Harakah, Taufek Yahya memikirkan tajuk muka depan Harakah keluaran 1-15 September 2007, ada tiga tajuk yang kami bincangkan, iaitu “Sambut Merdeka Untuk BN”, “BN Rampas Sambutan Merdeka”, dan “Merdeka Jadi Kempen BN”.

Apabila kami memilih “Merdeka Jadi Kempen BN”, tidak terlantas langsung bahawa sambutan Di Ambang Kemerdekaan malam tadi akan menjadi lebih buruk, sarat dengan propaganda murahan BN (dulunya Perikatan) dan begitu meloyakan.

Malah, bagi saya, sambutan yang dianggap paling gemilang itu (dan pastinya paling banyak menghanguskan wang rakyat walhal ia tidak dapat menyemai semangat patriotisme warga) akan dikenang sebagai acara yang sebenarnya dianjurkan oleh parti pemerintah (dan bukannya kerajaan) untuk berkempen politik menjelang pilihan raya umum ke-12, tetapi dengan menggunakan dana dan kemudahan awam. Continue reading ‘Sambutan di ambang 31 Ogos: Tanpa malu, Umno jajah Dataran Merdeka!’

31
Aug
07

Merdeka: Belum pun miliki kuasa Umno Kelantan tunjuk ‘belang’

KOTA BHARU, 31 Ogos (Hrkh) – Belum pun diberi peluang rakyat mentadbir Kelantan, Umno yang diketuai Dato’ Seri Annuar Musa sudah menunjukkan segala kuasa dimilikinya.Malam tadi sambutan ambang merdeka di Kelantan diadakan di dua tempat berasingan. Satunya dianjurkan Umno di atas nama Majlis Kemajuan Negeri di Dataran Warisan Kada, Kok Lanas.

Dan satu lagi sebagaimana lazimnya dianjurkan kerajaan negeri bertempat di Stadium Sultan Mohammad Ke IV.

ImageSedangkan di negeri-negeri lain, sambutan ambang merdeka hanya dianjurkan kerajaan negeri. Manakala di peringkat persekutuan diadakan di Dataran Merdeka yang menyaksikan banyak bendera Umno dan parti-parti kompenan lain Barisan Nasional dikibarkan.

Kalau pada awal 1990-an, ada pihak yang tergamak menabalkan raja lain juga tidak jauh dari Kok Lanas, mungkin semata-mata mahu mempamerkan kuasa dimilikinya tanpa batasan. Continue reading ‘Merdeka: Belum pun miliki kuasa Umno Kelantan tunjuk ‘belang’’

31
Aug
07

Siar berita fitnah: PAS Kelantan cadang saman TV3

KOTA BHARU, 31 Ogos (Hrkh) – PAS Kelantan bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap stesen televisyen swasta, TV3 kerana menyiarkan berita dianggap berunsur fitnah, yang mendakwa tiga Adun di Machang terbabit dengan rasuah.

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.<!–

Continue reading ‘Siar berita fitnah: PAS Kelantan cadang saman TV3’

31
Aug
07

Seluaq Londeh..

Bahan Rencah Oleh uzar

Adakah Islam memberikan umatnya hak kebebasan berpakaian walaupun seksi sesuka hati?

“eleh, ini kan tubuh saya, suka hati saya la nak buat apa dan nak pakai apa pun!” jeritan seorang wanita muda yang marah bila muncul isu ni.

“Jika nak seksi nampak pusat, seluar dalam, coli, dan bahagian-bahagian yang tidak sepatutnya ditayangkan, sila berpindah dari planet bumi ke planet lain” Jawap saya kepada sekumpulan wanita yang bertanyakan hukum kebebasan dalam pakaian.

come on la ustaz, tak kanlah ustaz nak salahkan pakaian semata-mata dalam hal ini, think big, ahead and more mature la ustaz” Mungkin ini akan dihenyakkan kepada saya oleh wanita peminat pakaian seksi agaknya….. Continue reading ‘Seluaq Londeh..’

31
Aug
07

Economist.com: Malaysia pada usia 50: Bangunan Tinggi, Fikiran Sempit

Artikel Oleh sebaran

\\Ini adalah terjemahan melayu oleh sebaran.com untuk artikel yang dikeluarkan oleh Economist.com pada 31 Ogos 2007 sempena 50 tahun kemerdekaan Malaysia. Antara perkara yang disentuh termasuklah layanan istimewa orang Melayu, layanan kelas kedua untuk penduduk Cina dan India, kronism, rasuah dan juga kepincangan keharmonian sosial di Malaysia.

“Selepas 50 tahun merdeka, Malaysia sepatutnya berhenti mengganggap satu pertiga penduduknya seolah-olah bukan warganegara.

Kerajaan Malaysia mengadakan pelbagai perayaan mewah dan hebat hujung minggu ini sempena sambutan 50 tahun kemerdekaan semenanjung Malaysia dari Britain. Banyak perkara yang hendak disambut. Taraf hidup dan juga hak mendapatkan pendidikan, perkhidmatan kesihatan, kebersihan dan elektrik telah berkembang selepas 50 tahun merdeka. Pemodenan Malaysia dilambangkan dengan selesainya pembinaan menara berkembang Petronas sembilan tahun lepas di Kuala Lumpur yang jug merupakan bangunan tertinggi di dunia ketika itu. Continue reading ‘Economist.com: Malaysia pada usia 50: Bangunan Tinggi, Fikiran Sempit’

30
Aug
07

Generasi Lama..Siapakah Mereka itu..???

30
Aug
07

Malaysiaku Gemilang dunia dan akhirat

Oleh Roslan SMS

Tepat jam 12 malam ini Malaysia akan merayakan ulangtahun kemerdekaannya yang ke 50. Dengan tema Malaysiaku Gemilang, berbagai aturcara dan majlis disusun sepanjang bulan bagi merayakan tarikh penting dalam sejarah negara ini.
Hari ini NST memuatkan 4 muka penuh pandangan pimpinan politik, masyarakat, NGO, tokoh korporat, budaya, akademik, personaliti sukan, seni dan lain-lain berhubung ulantahun kemerdekaan negara ini. Apakah yang paling baik pada pandangan mereka berkenaan negara ini dan sekiranya mereka berpeluang membawa satu perubahan, apakah perubahan itu?
Antara 50 tokoh yang diminta pandangannya termasuklah Setiausaha Agung PAS dan juga ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaafar dan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato Nik Abd Aziz Nik Mat.

Continue reading ‘Malaysiaku Gemilang dunia dan akhirat’

30
Aug
07

Kenali dahulu Islam sebelum memusuhinya

 Oleh Roslan SMS

Blogger terkenal Sdr Jeff Ooi yang baru mengumumkan penyertaannya ke dalam DAP telah kini secara terbuka mengunakan lamanya Screenshots untuk menyibarkan ideologi politiknya yang baru itu. Itu hak beliau, kerana sesungguhnya Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi dan hak kebebasan bersuara.
Posting terbaru Jeff, Merdeka 50: Other Views menghubungkan lamannya dengan laman web Catholic Asian News yang mempunyai liputan khas berkenaan ulangtahun kemerdekaan negara yang ke 50.

Continue reading ‘Kenali dahulu Islam sebelum memusuhinya’

30
Aug
07

Jeanne usahakan kebun ulam-ulaman di Seri Perdana

KUALA TERENGGANU 27 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, isterinya Datin Seri Jeanne Abdullah meminati bidang pertanian terutama produk buah-buahan dan sayur- sayuran. Menurutnya, disebabkan minat itu Jeanne mengusahakan kebun ulam-ulaman di Seri Perdana, Putrajaya.

‘‘Allahyarham Datin Seri Endon dulu minat batik, songket dan kraf tangan tetapi Jeanne suka pertanian, sayur-sayuran dan buah-buahan. Continue reading ‘Jeanne usahakan kebun ulam-ulaman di Seri Perdana’

30
Aug
07

Pemuda Umno Kubang Pasu Edar 3,000 Bendera Kepada Orang Ramai

JITRA, 30 Ogos (Bernama) — Pergerakan Pemuda Umno bahagian Kubang Pasu hari ini mengedarkan 3,000 bendera kepada orang ramai di Pekan Jitra sempena sambutan ulangtahun kemerdekaan ke-50 negara, esok.

Ketuanya Zulkifli Che Rose yang ditemui selepas mengedarkan bendera-bendera itu di hadapan pasaraya K. Ceria di sini dan pekan lama Jitra sejak pukul 11 pagi ini berkata program itu adalah daripada aturcara sambutan hari kemerdekaan anjuran pergerakan Pemuda Umno peringkat Kubang Pasu.
Continue reading ‘Pemuda Umno Kubang Pasu Edar 3,000 Bendera Kepada Orang Ramai’

30
Aug
07

Skim Takaful Merdeka Umno Kelantan Bermula 1 Sept

30 Ogos, 2007 17:34 PM

KOTA BAHARU, 30 Ogos (Bernama) — Umno Kelantan memperkenalkan Skim Takaful Merdeka iaitu Skim Takaful Khairat Kematian untuk anggota Umno dan keluarga mereka serta polis dan tentera yang akan bermula pada 1 Sept ini.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Annuar Musa berkata skim ini menelan belanja RM4 juta dan melibatkan kira-kira sejuta anggota Umno di Kelantan.
Continue reading ‘Skim Takaful Merdeka Umno Kelantan Bermula 1 Sept’

30
Aug
07

SKANDAL PKFZ MENDEDAHKAN REALITI SEBENAR PERKONGSIAN BN

Skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) bernilai RM4.6 bilion telah mendedahkan kisah sebenar dibelakang konsep perkongsian kuasa BN.

Watak utama kontroversi ini ialah Kuala Dimensi Sdn. Bhd. yang membelitanah tersebut daripada Koperasi Kemajuan Pulau Lumut pada harga RM95 juta pada tahun 1999 dan kemudian menjualnya ke Lembaga Pelabuhan Klang pada RM1.1 bilion pada tahun 2003, meskipun wujud tentangan di dalam kerajaan terhadap pembelian pada harga tersebut. Kerajaan boleh mengambilalih tanah tersebut di bawah Kanun Tanah Negara pada harga RM10 sekaki persegi, tetapi memilih untuk membelinya pada RM23 sekaki persegi. Kuala Dimensi kemudian dilantik kontraktor untuk projek tersebut, dan telah melaporkan pertambahan kos sehingga RM3.3 bilion. Continue reading ‘SKANDAL PKFZ MENDEDAHKAN REALITI SEBENAR PERKONGSIAN BN’

30
Aug
07

Fitnah kepada Presiden PAS – Daily Mirror, UK mohon maaf

Berita Oleh Mohd Rashidi Hassan

aKUALA LUMPUR, 30 Ogos (Hrkh) – Akhbar ternama di Britain, Daily Mirror memohon maaf kepada Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kerana menuduh beliau sebagai pemimpin pergerakan al-Qaeda.

Siaran pada 1 Mei lalu, Daily Mirror pada muka surat 3, mengeluarkan berita memfitnah Presiden PAS dan mendakwa beliau sebagai pemimpin nombor 3 al-Qaeda yang kini ditahan di Guantanamo Bay, Panama.
img213/4236/amponnc8.jpg

Continue reading ‘Fitnah kepada Presiden PAS – Daily Mirror, UK mohon maaf’

29
Aug
07

Tiada bantahan tol 50 sen di Sungai Nyiur dikenakan!

BUTTERWORTH, 29 Ogos (Hrkh) – Nampak gayanya, jika beginilah sikap rakyat terhadap kewujudan plaza tol di Pulau Pinang maka taukeh tol akan goyang kaki gembira mengutip wang rakyat sampai bila-bila.

Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.<!–

Continue reading ‘Tiada bantahan tol 50 sen di Sungai Nyiur dikenakan!’