Archive for August 18th, 2007

18
Aug
07

Mahathir ‘meletup’, jalan damai dengan Abdullah sudah berkubur

Analisis Isu Mohd Rashidi Hassan

aWalaupun perjumpaan Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Perdana Menteri di Langkawi masih baru, dengan paparan gambar makan semeja dengan Timbalan Perdana Menteri, semuanya itu tidak boleh dijadikan asas untuk berdamai, semuanya sudah buntu, kecuali jika hanya Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi meninggalkan tampuk pemerintahan.

Ucapan Tun Dr Mahathir Mohamad di Putrajaya, kelmarin (15 Ogos) begitu mengejutkan, nadanya amat keras, tiada tanda-tanda kesihatannya boleh menghentikan ketegasannya menolak kepimpinan Umno yang ada sekarang.
Continue reading ‘Mahathir ‘meletup’, jalan damai dengan Abdullah sudah berkubur’

18
Aug
07

Abdullah patut dipanggil menghadap Agong

Oleh Ketua Perusuh

kMalaysia mengamalkan sistem Raja Beperlembagaan. Ini menyebabkan kekuasaan Raja (Sultan) dikekang dan dikawal oleh sistem yang dibangunkan oleh penjajah dahulukala. Mungkin ramai yang tidak bersetuju kuasa mutlak diberikan kembali kepada DYTM Raja-Raja Melayu malah mungkin ramai yang akan menentang kuasa Raja-Raja Melayu.

Orang yang paling takut jika DYTM Raja-Raja diberikan kuasa adalah orang-orang yang dekat dengan koridor kekuasaan seperti Menteri, Timbalan Menteri, Menteri Besar dan sebagainya. Boleh dikatakan ianya melibatkan ramai orang terutamanya dari pihak Barisan Nasional yang diketuai oleh Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi (Presiden UMNO). Continue reading ‘Abdullah patut dipanggil menghadap Agong’