Archive for August 30th, 2007

30
Aug
07

Generasi Lama..Siapakah Mereka itu..???

30
Aug
07

Malaysiaku Gemilang dunia dan akhirat

Oleh Roslan SMS

Tepat jam 12 malam ini Malaysia akan merayakan ulangtahun kemerdekaannya yang ke 50. Dengan tema Malaysiaku Gemilang, berbagai aturcara dan majlis disusun sepanjang bulan bagi merayakan tarikh penting dalam sejarah negara ini.
Hari ini NST memuatkan 4 muka penuh pandangan pimpinan politik, masyarakat, NGO, tokoh korporat, budaya, akademik, personaliti sukan, seni dan lain-lain berhubung ulantahun kemerdekaan negara ini. Apakah yang paling baik pada pandangan mereka berkenaan negara ini dan sekiranya mereka berpeluang membawa satu perubahan, apakah perubahan itu?
Antara 50 tokoh yang diminta pandangannya termasuklah Setiausaha Agung PAS dan juga ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaafar dan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato Nik Abd Aziz Nik Mat.

Continue reading ‘Malaysiaku Gemilang dunia dan akhirat’

30
Aug
07

Kenali dahulu Islam sebelum memusuhinya

 Oleh Roslan SMS

Blogger terkenal Sdr Jeff Ooi yang baru mengumumkan penyertaannya ke dalam DAP telah kini secara terbuka mengunakan lamanya Screenshots untuk menyibarkan ideologi politiknya yang baru itu. Itu hak beliau, kerana sesungguhnya Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi dan hak kebebasan bersuara.
Posting terbaru Jeff, Merdeka 50: Other Views menghubungkan lamannya dengan laman web Catholic Asian News yang mempunyai liputan khas berkenaan ulangtahun kemerdekaan negara yang ke 50.

Continue reading ‘Kenali dahulu Islam sebelum memusuhinya’

30
Aug
07

Jeanne usahakan kebun ulam-ulaman di Seri Perdana

KUALA TERENGGANU 27 Ogos – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, isterinya Datin Seri Jeanne Abdullah meminati bidang pertanian terutama produk buah-buahan dan sayur- sayuran. Menurutnya, disebabkan minat itu Jeanne mengusahakan kebun ulam-ulaman di Seri Perdana, Putrajaya.

‘‘Allahyarham Datin Seri Endon dulu minat batik, songket dan kraf tangan tetapi Jeanne suka pertanian, sayur-sayuran dan buah-buahan. Continue reading ‘Jeanne usahakan kebun ulam-ulaman di Seri Perdana’

30
Aug
07

Pemuda Umno Kubang Pasu Edar 3,000 Bendera Kepada Orang Ramai

JITRA, 30 Ogos (Bernama) — Pergerakan Pemuda Umno bahagian Kubang Pasu hari ini mengedarkan 3,000 bendera kepada orang ramai di Pekan Jitra sempena sambutan ulangtahun kemerdekaan ke-50 negara, esok.

Ketuanya Zulkifli Che Rose yang ditemui selepas mengedarkan bendera-bendera itu di hadapan pasaraya K. Ceria di sini dan pekan lama Jitra sejak pukul 11 pagi ini berkata program itu adalah daripada aturcara sambutan hari kemerdekaan anjuran pergerakan Pemuda Umno peringkat Kubang Pasu.
Continue reading ‘Pemuda Umno Kubang Pasu Edar 3,000 Bendera Kepada Orang Ramai’

30
Aug
07

Skim Takaful Merdeka Umno Kelantan Bermula 1 Sept

30 Ogos, 2007 17:34 PM

KOTA BAHARU, 30 Ogos (Bernama) — Umno Kelantan memperkenalkan Skim Takaful Merdeka iaitu Skim Takaful Khairat Kematian untuk anggota Umno dan keluarga mereka serta polis dan tentera yang akan bermula pada 1 Sept ini.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Annuar Musa berkata skim ini menelan belanja RM4 juta dan melibatkan kira-kira sejuta anggota Umno di Kelantan.
Continue reading ‘Skim Takaful Merdeka Umno Kelantan Bermula 1 Sept’

30
Aug
07

SKANDAL PKFZ MENDEDAHKAN REALITI SEBENAR PERKONGSIAN BN

Skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) bernilai RM4.6 bilion telah mendedahkan kisah sebenar dibelakang konsep perkongsian kuasa BN.

Watak utama kontroversi ini ialah Kuala Dimensi Sdn. Bhd. yang membelitanah tersebut daripada Koperasi Kemajuan Pulau Lumut pada harga RM95 juta pada tahun 1999 dan kemudian menjualnya ke Lembaga Pelabuhan Klang pada RM1.1 bilion pada tahun 2003, meskipun wujud tentangan di dalam kerajaan terhadap pembelian pada harga tersebut. Kerajaan boleh mengambilalih tanah tersebut di bawah Kanun Tanah Negara pada harga RM10 sekaki persegi, tetapi memilih untuk membelinya pada RM23 sekaki persegi. Kuala Dimensi kemudian dilantik kontraktor untuk projek tersebut, dan telah melaporkan pertambahan kos sehingga RM3.3 bilion. Continue reading ‘SKANDAL PKFZ MENDEDAHKAN REALITI SEBENAR PERKONGSIAN BN’

30
Aug
07

Fitnah kepada Presiden PAS – Daily Mirror, UK mohon maaf

Berita Oleh Mohd Rashidi Hassan

aKUALA LUMPUR, 30 Ogos (Hrkh) – Akhbar ternama di Britain, Daily Mirror memohon maaf kepada Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang kerana menuduh beliau sebagai pemimpin pergerakan al-Qaeda.

Siaran pada 1 Mei lalu, Daily Mirror pada muka surat 3, mengeluarkan berita memfitnah Presiden PAS dan mendakwa beliau sebagai pemimpin nombor 3 al-Qaeda yang kini ditahan di Guantanamo Bay, Panama.
img213/4236/amponnc8.jpg

Continue reading ‘Fitnah kepada Presiden PAS – Daily Mirror, UK mohon maaf’