Archive for August 10th, 2007

10
Aug
07

Realiti @ Fantasi….

heh heh heh ….tudia….pakat ketaq habis dah….baru habaq 40 macamana kalau kata nak tawan kesemua kerusi Parlimen tu…..cuba hangpa baca tengok…macam2 dah depa kata…angan kosong laa…angan mat jenin laa…dan yg best sampai pie tanya Presiden tuu..he he he… 

Pas berangan kosong
TANAH MERAH 10 Ogos – Pas disifatkan sebagai hanya berangan kosong apabila meletakkan sasaran untuk memenangi 40 kerusi parlimen pada pilihan raya umum akan datang.

Presiden Pas tidak tahu sasaran
MARANG 10 Ogos – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak tahu menahu mengenai sasaran parti itu untuk memenangi sekurang-kurangnya 40 kerusi Parlimen di seluruh negara pada pilihan raya umum akan datang.

Angan-angan Mat Jenin – Muhyiddin
JELI 10 Ogos – Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata harapan Pas untuk memenangi 40 kerusi Parlimen di seluruh negara disifatkan sebagai “angan-angan Mat Jenin” kerana ia dianggap satu hasrat yang mustahil untuk

Alaaa yg jawab nie musuh nak kata apa lagi….macam fan club mawi AF dgn fan club Jaclyn victor laa..mesti tak akan puji pihak lawan punya..tentu pakat kondem masing2 punya lawan…macam nie jugak laa…apasal tak p tanya mat sabu kaa…dr. Agus kaa..khoo kay kim kaa..ungku aziz kaa..tentu jawapan dia serupa jawapan mcm kat TV3 suku tuu…

PAS sasar 40 Parlimen, keputusan SMS TV3, 60 tidak setuju ia angan-angan ‘
Topik: AnalisisIsu

aOleh Wan Nordin Wan Yaacob

SEREMBAN, 10 Ogos (Hrkh) – Stesen televisyen swasta milik Media Prima, TV3 hari ini mengadakan bancian melalui sistem pesanan ringkas (SMS) mengenai ‘Impian PAS Tawan 40 kerusi Parlimen sebagai angan-angan Mat Jenin’ (Setuju atau tidak) setelah isu itu diulas oleh beberapa pimpinan tertinggi Umno yang dilaporkan dalam Buletin Utama jam 8.00 malam.

pakat-pakat fikirkan laa..akal ada otak ada…pastu pakat2 kalih habis cita…..Insya’allah jika 40 sasaran…tak mustahil..janji kerja pakat kena pertingkatkan….. 

p/s: ingat artikal nie nak letak blog lama..pasai pa tak tau 2,3 hari nie macam buzy jaa..asyik problem loading jaa….

10
Aug
07

Ceramah di GOMBAK

gombak

10
Aug
07

Kebakaran ragut lima nyawa, TNB apa perasaan anda?

Image
BERAPA billion TNB untung tahun ini?

Oleh Husam Musa

LIMA sekeluarga dari Kluang, Johor, maut di mamah api. Lilin mungkin punca kebakaran. Bapa, ibu dan tiga anak terpaksa bergelap sudah lima hari bila bekalan elektrik rumah mereka dipotong oleh TNB.

Pilu. Terkedu. Begitulah nasib keluarga miskin dihimpit beban hidup. Tragedi ini, mungkin petunjuk kepada masalah sebenar beban kesempitan hidup yang di alami oleh rata-rata rakyat marhaen di seluruh negara.

Kenaikan kos hidup sekarang telah menghantar kehidupan boroh yang dibantu isteri berjual di gerai untuk sara kehidupan mereka sekeluarga ke penjuru sempit sehingga mereka gagal membayar bil elektrik.

Ya. Tetapi adakah fungsi TNB hanya sekadar mengaut keuntungan? Tidakkah boleh sebilangan penduduk miskin seperti ini diberikan sedikit pertimbangan kemanusian?

Continue reading ‘Kebakaran ragut lima nyawa, TNB apa perasaan anda?’

10
Aug
07

Kesengsaraan rakyat di bawah Malaysiaku Gemilang

Analisis Isu Oleh Roslan SMS

gSaya yakin tidak ada hati yang tidak terusik apabila mendapat tahu atau membaca berkenaan bencana yang menimpa keluarga Allahyarham Kasmuri di Kampung Tengah, Kluang semalam. Kasmuri dan isteri serta tiga orang anaknya Hishamudin 13, Izwanuddin 9 dan Nurul Macella 8 terkorban apabila rumah mereka hangus terbakar dalam kejadian jam 3.30 pagi ketika semua anggota keluarganya sedang nyenyak tidur.

\

Cuma anaknya seorang lagi yang turut berada di rumah tersebut iaitu Norfarhana 15, yang terselamat. Tiga lagi anak berada di IPTA kerana melanjutkan pelajaran masing-masing. Continue reading ‘Kesengsaraan rakyat di bawah Malaysiaku Gemilang’